LIKE US

29 Dec 2011

Bagaimana halia dapat membantu anda untuk kelihatan cantik?


Alam semulajadi sememangnya mempunyai 1001 rahsia yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2500 tahun lalu. Antara khasiat halia adalah:

mampu mengurangkan berat badan dengan membakar kalori.

mampu memberikan rasa lega pada perut dan sistem penghadaman dan ia juga dapat digunakan untuk menentang ulser atau jangkitan usus.

digunakan secara turun temurun secara tradisional untuk membuang angin dalam badan.

membantu pembakaran lemak yang dapat melangsingkan badan. Angin dan lemak yang dikurangkan juga dapat kempiskan perut anda.

melancarkan pengaliran darah yang dapat membantu anda untuk kelihatan tidak letih dan segar.

Jadi mungkin selepas ini, anda juga boleh menjadikan halia sebagai salah satu teman untuk kecantikan anda.

14 Dec 2011

3 cara untuk hilangkan selulit (3)

2 cara sebelum ini telah menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan (do) dan jangan dilakukan (dont's) mengenai penjagaan dalaman. Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, penjagaan luaran juga perlu dititik beratkan.Antara cara yang cukup mudah untuk menghilangkan selulit ini adalah:



Penggunaan losyen pelansingan.
Mengikut kajian, losyen yang berasaskan kaffein adalah sangat baik untuk menghilangkan selulit.Kebanyakkan petua bagi menghilangkan selulit juga menyarankan untuk menggunakan ampas kopi.

Kenapa kopi?
Ini kerana sifat kaffein itu sendiri yang mampu membuatkan aliran darah menjadi lebih lancar serta mengurangi kadar tangkungan air yang merupakan salah satu sebab terdorongnya lemak ke kulit dan menjadi selulit.

Jadi mengapa anda perlu mengambil masa yang lama untuk menyental sedangkan ada cara yang lebih mudah untuk anda lakukan.Jangan lupa untuk sapukan dua kali setiap hari seeloknya selepas mandi untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat!

29 Nov 2011

3 cara untuk hilangkan selulit (2)

Pada bahagian pertama telah dijelaskan yang pengambilan makanan tinggi serat sangat baik untuk memudarkan selulit. Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, sekarang kenalpasti pula tentang apa yang perlu dielakkan bagi menentang selulit.

ii) Jauhi 'bahaya' yang mampu mengancam tubuhmu.





















Asap Rokok
Sebatang rokok mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia yang mana ada ratusan toksik di dalamnya. Kandungan ini sudah cukup untuk merosakkan seluruh tubuh bermula dari organ dalaman sehinggalah ke keberkesanan sistem imunisasi badan kita dan menyebabkan kulit kita tampak lebih tua dari usia.





















Stress
Agak mustahil bagi manusia normal untuk menghapuskan stress 100% dari kehidupan. Secara realitinya, sebahagian stress adalah baik kerana menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan. Tetapi adalah lebih baik untuk berjaga-jaga dengan bilangan stress yang mampu memberikan kesan buruk kepada tubuhmu. Mereka yang tewas kepada stress tidak akan mampu untuk menjaga diri sendiri dan lawan kepada stress yang diperlukan adalah solat, senaman yang berulang, diet yang baik dan urutan.
















Jenis Makanan Yang Salah
Menikmati makanan yang telah diproses/ makanan segera (dalam kotak,tin).
Tubuh kita akan menjadikan penambah perasa, pewarna tambahan, pengawet dan bahan kimia yang lain sebagai toksin yang mampu menyebabkan keradangan.

Makanan Hangus
Kita biasanya akan menutup hidung apabila melalui kawasan orang merokok atau apabila melalui kawasan pembuangan sampah. Tetapi tahukah anda, toksin yang sama turut terdapat pada asap makanan yang dipanggang dan makanan hangus?

 Makanan tinggi kandungan gula
Coklat, kek, donut, jus dan lain-lain makanan tinggi gula menghasilkan insulin yang dapat meningkatkan penyimpanan lemak.

Makanan yang mengandungi lemak trans
Tahukah anda yang lemak trans lebih banyak digunakan dalam makanan yang dibakar? Mungkin anda patut membakar roti atau kek kegemaran anda sendiri dirumah supaya dapat mengawal kandungan lemak yang digunakan.

Nota:
kandungan "low-fat" tidak bermakna ia tiada lemak trans. Baca label dan jika kandungan mengandungi “shortening,” “partially hydrogenated vegetable oil” atau “hydrogenated vegetable oil,” maka makanan itu turut mengandungi lemak trans.

27 Nov 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Photobucket

Salam penghijrahan dari team AyusSlim..tiada kejayaan tanpa pengorbanan.. semoga tahun baru ini akan melahirkan diri kita yang lebih sihat dan berkeyakinan. Teruskan berusaha..

22 Nov 2011

3 cara untuk hilangkan selulit

Sebelum mendalam lebih jauh mari kita kenali dulu apakah itu selulit..
  • Selulit biasanya muncul di tempat-tempat yang menyimpan lemak degil seperti di punggung, paha, lengan dan perut. 
  • Selulit mula kelihatan apabila kumpulan lemak-lemak ini mula menolak tisu-tisu dibawah kulit kita. 
  • Berpunca dari pelbagai faktor seperti keturunan, cara hidup, peningkatan usia, ketebalan kulit dan pemakanan. 
  • Selulit lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki kerana hormon estrogen dan kecenderungan kulit wanita yang lebih nipis.



Realitinya selulit mampu menyerang sesiapa sahaja termasuklah anda yang kurus.


Tapi anda tidak perlu risau, ada cara yang telah terbukti mampu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan selulit ini.

Jom ikuti cara-cara ini. Hanya tiga cara yang diperlukan untuk memastikan anda kurus tanpa selulit.



i) Makanan berkuasa untuk melincinkan selulit
Nasihat pakar sememangnya betul, amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna terang.

Sayur-sayuran:
Tomato, brokoli, lobak, ubi kentang, limau nipis.

Buah-buahan:
Tembikai, beri, oren, lemon dan buahan-buahan kering seperti kurma, aprikot dan buah prun.
Jika anda memilih untuk menikmati buah-buahan kering pastikan tidak terlebih makan kerana ia kadangkala mengandungi gula yang agak tinggi.

Setia dengan post yang seterusnya bagi mendapatkan 2 lagi cara mudah untuk kurus tanpa selulit. 

8 Nov 2011

Hasilkan Biskut Kegemaran Anda Sendiri!

Kebanyakkan biskut 'sihat' yang dijual dipasaran mengandungi bahan kimia, gula dan lemak jahat yang sebenarnya sangat-sangat tidak patut dimakan oleh mereka yang sedang berdiet.

Apa kata dimasa hujung minggu anda manfaatkannya dengan menghasilkan biskut diet anda sendiri..


Chocolate Protein Bars
Kalori: 96
Lemak: 1.4 grams
Karbohidrat:12 grams
Protein: 10 grams


Bahan-Bahan:
1 cawan tepung oat / oatmeal
4 telur putih
2 scoops vanilla whey protein powder
1/2 cawan pemanis stevia (cecair)
1/2 tsp serbuk penaik
1/4 tsp garam bukit
8 oz perasa berry (seeloknya gunakan perasa makanan bayi)
3 tbsp serbuk koko
4 oz air

Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar 350 degrees.
2. Gaulkan bahan-bahan kering (tepung oat, vanilla whey protein, serbuk penaik, garam, serbuk koko) dalam mangkuk yang besar sehingga sebati.
3. Gaulkan bahan-bahan basah (telur putih, stevia, perasa berry, air) dalam mangkuk yang sederhana besar sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan kering dengan bahan-bahan basah tadi dan gaul sebati.
5. Sapukan mentega rendah lemak dalam kuantiti yg sedikit pada permukaan loyang agar adunan tidak melekat.
6. Bentukkan adunan mengikut citara rasa anda dan bakar selama 20-30 minit di dalam ketuhar.

Hasilkan 16 bar dan makan 2 bar bagi setiap hidangan.

30 Oct 2011

Dah diet tapi masih tak kurus-kurus?

 Entah dimana silapnya, dah bermacam-macam cara dibuat, segala bentuk senaman dan makanan telah diusahakan, namun badan tetap juga macam tu..tak kurus-kurus. Mungkinkah anda mempunyai salah satu dari masalah di bawah ini?


1. Fatty Liver (hati berlemak)
Hati berlemak terjadi apabila enzim dan hormon kita rosak dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat mengurai lemak dengan baik sebaliknya melekat pada hati. Ia akan menyebabkan kerosakan hati dan lemak-lemak akan menyaluti organ-organ badan. Hal inilah yang selalunya menyebabkan masalah perut buncit yang sukar untuk dikempiskan.

2.Adipose Tisu (nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita)
Apabila kita berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga.Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Hormon yang rosak akan memberikan kesan yang amat perlahan dan apabila ia menjadi serius badan akan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu anda untuk kelihatan kurus.

Kedua-dua masalah ini mungkin berlaku kepada mereka yang benar-benar mengikuti program diet atau senaman yang betul secara berterusan. Namun begitu, bagi yang tidak mengamalkannya secara betul dan berterusan, janganlah pelik ye jika anda tidak mampu mencapai target untuk menjadi kurus!

25 Oct 2011

Persediaan bagi bakal pengantin

Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula..sudah tentu ramai yang mengambil peluang ini untuk mengadakan masjlis perkahwinan bukan? Sudahkah anda bersedia dengan segala persiapan? Bermula dari makanan, cenderahati, baju pengantin, jemputan, hantaran..namun jangan dilupakan tentang diri anda yang ingin kelihatan kurus dan cantik di hari bahagia itu nanti ..Mari ikuti perkara yang disenaraikan oleh petua kurus yang boleh anda ikuti agar tampak kurus, langsing dan menawan di hari itu:

1) Pemakaian korset sebelum dan semasa majlis kerana korset dapat membantu menjadikan tubuh tampak lebih kurus dan menawan.

 2) Elakkan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

 3) Minum air halia utk membuang angin (bagi yang mengalami perut buncit akibat banyak angin).

4) Beberapa bulan sebelum majlis, cuba amalan yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Senarainya boleh dilihat disini.

5) Ubah gaya pemakanan anda dengan mengurangkan lemak dan gula. Sebaliknya lebihkan serat dalam setiap menu. Kenali lemak dapat membantu anda membuat pemilihan makanan yang lebih bijak. Lihat Disini.

Jom berubah sekarang..anda masih berpeluang untuk menjadi kurus!

21 Oct 2011

cara tingkatkan metabolisma badan

Metabolisma badan penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga sebelum ia menjadi lemak. Ini dapat membantu kita menjadi kurus dan mengelakkan perut buncit.Namun tidak semua manusia dilahirkan dengan kadar kemampuan metabolisma yang tinggi. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu bagi meningkatkan metabolisma kita?

Mari ikuti panduan yang disediakan oleh petua kurus untuk anda.


1. Makan makanan pedas atau berempah.

2. Membina otot. Kelebihan bagi yang lebih berotot adalah akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi dan ini dapat menjadikan kita kurus sekalipun sedang berehat!

3. Bersenam kerana ia mampu meningkatkan metabolisma badan selepas kita melakukannya. Cara ini terbukti dari dahulu lagi mampu membantu untuk kurus.


4. Ambil protein dalam setiap menu. Protein lebih baik untuk meningkatkan metabolisma badan berbanding karbohidrat dan lemak dan ia juga membantu membina jisim otot.

5. Cara kurus yang popular iaitu minum banyak air putih kerana air putih juga mampu meningkatkan metabolisma badan.

18 Oct 2011

Perut buncit berisiko mati awal?

Bila dinilai, ada benarnya juga dengan kata-kata di atas..

i.Perut buncit terjadi akibat dari pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut. 

ii.Pengumpulan lemak ini akan membuatkan kita :
  • kelihatan tidak cantik.
  • cenderung kepada penyakit jantung dan kanser.  

Kajian yang dijalankan dengan mengambil ukuran pinggang dan paha wanita, menunjukkan keputusan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih besar meninggal dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil.


Hal ini berlaku kerana perut buncit menyimpan lemak yang lebih merbahaya dari lemak-lemak dibahagian lain kerana ia mampu mendorong kepada perubahan kolesterol, tekanan darah, dan gula darah.


Jadi walaupun anda mempunyai berat badan yang ideal, anda masih tetap perlu risau dengan tahap kesihatan anda sekiranya menyedari yang anda mempunyai perut buncit. Atasinya sekarang dan berusaha kurangkan lemak di perut anda!

17 Oct 2011

Cara hadkan pemakanan anda

i.Makan 5 hidangan kecil selang 3 jam setiap hari.
ii. Hidangkan separuh cawan protein dan satu cawan karbohidrat untuk 3 hidangan setiap hari . Bagi 2 hidangan yang seterusnya hidangkan separuh cawan protein dengan satu cawan karbohidrat dari pelbagai sumber.

iii. Gunakan dua camca makan minyak zaitun ke dalam makanan setiap hari atau makan makanan yang berasaskan dari sumber lemak yang baik.

iv. Minum sekurang-kurangnya 12 gelas air putih sebelum makan dan juga ketika makan.

v. Jika anda mengambil 3 hidangan besar semasa minggu pertama, kurangkan pengambilannya pada minggu seterusnya dengan mengambil 2 hidangan besar setiap hari.

vi. Ingat - hayatilah makanan yang dimakan atau anda tidak dapat mengamalkan corak pemakanan sebegini dalam tempoh yang lama!

14 Oct 2011

Apa yang perlu dilakukan sebelum makan?

Kawalan minda ketika makan diyakini mampu membantu seseorang dalam usaha untuk kempiskan perut dan turunkan berat badan.. Ikuti dan hayati langkah-langkah mudah ini setiap kali anda menikmati hidangan..


i. Makan
- Fokus dan alihkan fikiran dari perkara lain.
- Perhatikan tekstur makanan yang dimakan.
- Hidu aromanya dan mulakan gigitan pertama.
- Fikirkan kejadian makanan itu, dari mana ia bermula sehinggalah ia
dihidangkan di depan mata.
- Hayati sepenuhnya rasa makanan itu.
- Habiskan gigitan pertama sebelum menikmati gigitan yang seterusnya.

Kelebihan:
Mampu membuatkan kita lebih merasai makanan, menjadikan kita cepat kenyang
dan membantu proses penghadaman lebih baik. Disarankan untuk banyak memilih makanan yang lebih seimbang.

ii. Minum
- Minum perlahan-lahan.
- Sedarkan minda yang kita sedang minum air.
- Lihat tekstur air, warna dan baunya.
- Bayangkan pergerakan air disaat ia membasahkan dinding mulut, turun ke kerongkong sehingga masuk ke dalam perut kita.
- Selesaikan tegukan pertama dan baru mulakan tegukan yang seterusnya.

Kelebihan:
Membantu untuk tidak minum berlebihan (air berwarna) dan minum dengan tenang mampu mengurangkan risiko perut buncit.

11 Oct 2011

3 tips kempiskan perut

Mari ikuti cara mudah untuk kempiskan perut kita ini yang disediakan oleh petua kurus untuk anda..


i. Yang pertama dan yang paling penting adalah pengambilan serat pada setiap hari.

Serat ini boleh diperolehi dari banyak sumber antaranya:
a. Buah-buahan seperti betik, jambu, epal, pear, pisang, mempelam, belimbing.
b. Sayur-sayuran seperti bayam,tomato, kangkung, sawi, salad, brokoli, asparagus.
c. Bijirin seperti oat, jagung, gandum.
d. Kekacang seperti kacang tanah, kacang hijau,kacang lima, kacang peas.

Bagaimana serat mampu kempiskan perut?
Pengambilan makanan yang kaya dengan serat mampu membantu sistem penghadaman kita serta melancarkan perjalanan usus besar seterusnya mengelakkan sembelit.
Serat juga penting dalam diet kerana ia melambatkan proses pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita dan membuatkan kita rasa 'kenyang' dan akhirnya mengurangkan nafsu makan.


ii. Makan secara perlahan-lahan.
Makanan yang tidak dikunyah dengan baik tidak akan dicerna dengan sempurna oleh perut dan akhirnya menghasilkan banyak gas yang menimbulkan pengelembungan perut.



iii.Dalam Masakan
Caranya cukup mudah, tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan anda yang berminyak, berlemak, bersantan dan seumpama dengannya. Cara ini dikatakan mampu menjadikan lemak sebagai sisa buangan tanpa diserap oleh badan dan seterusnya mampu mengelakkan perut buncit.

9 Oct 2011

Aktiviti untuk kurangkan berat badan!

Ada antara aktiviti yang anda perlu luangkan masa untuk melakukannya dan ada sebahagian aktiviti yang boleh anda lakukan seharian tanpa anda sedari mampu untuk mengurangkan berat badan anda..jom kenali aktiviti yang dapat kurangkan berat badan kita..


i. aerobik selama 40-45 minit. (boleh cuba dengan mengikuti kelas aerobik melalui you tube )
ii. berjoging selama 30 minit.

iii. berenang selama 20 minit.
iv. berkebun atau bercucuk tanam
v.  mop lantai rumah (lagi besar rumah lagi bagus)

vi. berjalan kaki dengan agak laju bagi 50-55 minit.
vii. menaiki pengangkutan awam. (sebab kebanyakkan masa anda akan digunakan untuk berjalan)

viii.window shopping 60 minit

5 Oct 2011

Orang gemuk mempunyai lemak yang banyak?

Makan makanan berlemak tidak semestinya akan menjadikan kita gemuk.. Orang kurus juga kadang mempunyai banyak lemak yang tersembunyi.. Terpulang kepada pemilihan kita kerana terdapat juga lemak yang dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan..

Kenali lemak baik dan lemak jahat untuk kesihatan tubuh anda.

Terdapat 3 kumpulan asid lemak:
i. Asid Lemak Tepu (SFA) - lemak jahat
ii. Asid Lemak Politaktepu (PUFA) - lemak baik
iii. Asid Lemak Monotaktepu (MUFA) - lemak baik


SFA 
Perlu dikurangkan pengambilannya
dari haiwan - sosej,nuget,mentega,keju,minyak sapi.
dari sayuran - minyak kelapa,santan, isirong kelapa sawit.
PUFA 
Penting dan perlu diambil oleh setiap orang = Asid Lemak Perlu (EFA).
Tubuh badan manusia tidak berupaya untuk menghasilkannya sendiri, jadi kena amalkan omega 3 dan omega 6. - minyak sayuran, kekacang, bijirin, ikan dan makanan laut.


MUFA
boleh mengurangkan kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) -zaitun,kacang tanah dan bijirin.

Pilihlah makanan yang mengandungi lemak baik dengan lebih banyak untuk mengatasi masalah perut buncit dan turunkan berat badan anda.

2 Oct 2011

Makan Berlebihan..

Lakukan ini untuk hentikan tabiat terlebih makan:

i. Kurangkan 7 perasa tambahan - gula, garam, MSG, sirap fruktosa tinggi, alkohol, kafein tambahan dan lemak tepu.


ii.Tidur - Keletihan kadangkala mampu menggagalkan kita..Elakkan makan bagi mengatasi keletihan namun gantikannya dengan tidur.

iii. Elakkan kelaparan - Makan tepat pada masanya..jangan cuba menangguhkan masa makan anda sekalipun anda belum merasa lapar.

30 Sept 2011

Senaman kempiskan perut

Selain dari penjagaan pemakanan, terdapat juga senaman yang dapat membantu dalam proses pelangsingan badan, jom kita cuba senaman kempiskan perut ini:


i. Apungkan badan
  • Letakkan kedua-dua tangan anda (paras siku) di tempat yang tinggi.
  • Angkat kedua-dua kaki dan pastikan lutut bengkok..usah goyangkan kaki.
  • Turunkan kaki secara perlahan-lahan.
  • Ulang 1 hingga 3 set dengan bilangan 12 hingga 16 kali setiap set.


      ii.Gilir Ganti
      • Baring dan letakkan tangan di belakang kepala.
      • Bengkokkan lutut dan pastikan kaki rata di lantai.
      • Perlahan-lahan angkat lutut kanan dan sentuh dengan siku kiri dan bergilir menyentuh lutut kiri dengan siku kanan.
      • Ulang sehingga 3 set dengan 10 hingga 12 kali setiap set. 


          iii. Twist Badan
          • Duduk di atas lantai.
          • Rapatkan kedua-dua lutut dan kedua-dua tangan.
          • Pusingkan badan ke kiri dan sentuh kedua-dua tangan rata di atas lantai sebelah kiri bersebelahan punggung anda.
          • Ulang langkah yang sama ke sebelah kanan anda.
          • Ulang sebanyak 3 set dengan 10 hingga 12 kali setiap set.

          27 Sept 2011

          Langsing semudah ABC..

          Untuk semua wanita..anda tidak perlukan modal yang besar untuk menjadi langsing..
          Cuba cara mudah untuk langsing dan sedar tak sedar tengok-tengok berat dah semakin susut :

          Amalkan:

          i. Minum air teh hijau (green tea).
          ii. Bakar,kukus atau rebus makanan.

          iii.Gantikan daging dengan ikan.
          iv.Sarapan pagi yang lebih banyak berbanding makan siang dan malam.
          v.Sengaja cari peluang untuk banyakkan berjalan. Contohnya letakkan kereta jauh dari pejabat.

          24 Sept 2011

          5 minit untuk aura positif

          1. Ingatkan kembali 1 perkara yang kamu sangat-sangat bersyukur telah berlaku pada kamu.

          2. Sebutkan dengan suara yang kuat perkara yang kamu kagum tentang diri kamu. (hanya perkara yang mampu membuatkan kamu tersenyum saat melafazkannya).

          3. Fikirkan pekerjaan/masalah yang kamu berjaya selesaikan.

          4. Bayangkan bagaimana kamu inginkan tubuh badan kamu kelihatan dan betapa gembiranya jika kamu dapat memiliki tubuh idamanmu sendiri.

          5. Fikirkan tabiat yang kamu perlu perbaiki supaya dapat mencapai badan idamanmu!

          22 Sept 2011

          Panduan Dalam Mengurangkan Berat Badan

          #1 - Membentuk Wawasan Bukan Target.
          Wawasan adalah lebih berkuasa dari memikirkan apa yang anda capai.Lebih banyak anda belajar untuk mencapai wawasan yang anda ada untuk diri sendiri, lebih cepat anda akan sampai pada matlamat anda. Usah terlalu memikirkan hasil yang anda telah dapat tetapi fikirkan lebih pada cara pelaksanaannya.

          #2- Kesakitan tidak perlu untuk mendapatkan bentuk badan.
          Kesakitan seperti sakit sendi, bukan termasuk sebahagian daripada program senaman anda.Apabila anda sakit sendi ketika bersenam, lagi lambat hasil yang anda akan dapat. Sebaliknya, kurangkan tumpuan dikawasan yang sakit. Senaman tanpa kesakitan mampu memberikan hasil kepada anda dengan lebih cepat!

          #3-Perasaan
          Usah hanya memaksa diri mengikut jadual semata-mata. Ikutlah perasaan anda, bila anda mahu dan bila anda tidak mahu.Disaat anda berhenti, fikirkan betapa ruginya masa itu kerana anda melewatkan peluang untuk berubah dan hadirnya perasaan ini akan membuatkan setiap usaha yang anda lakukan akan terasa seolah-olah seperti di saat kali pertama anda memulakannya.


          #4- Jangan menyeksa diri anda
          Jangan mengamalkan rutin diet yang extreme untuk diri anda..Lakukan perubahan mengikut keselesaan badan.Mulakan secara perlahan-lahan dengan itu tubuh badan anda akan mampu berubah secara semulajadi. 

          Misalnya anda makan nasi 3 kali setiap hari, kurangkan pengambilannya kepada 2 kali sehari dan gantikan 1 waktu yang tertinggal dengan buah-buahan atau bijirin.Dan kurangkan lagi pengambilan nasi kepada 1 kali shari/ 2 kali seminggu bila badan anda semakin selesa dengan perubahan ini.

          20 Sept 2011

          Tips Langsing Selepas Bersalin

          Bagi ibu-ibu yang runsing dengan penambahan saiz badan, usah risau lagi kerana ada penyelesaiannya untuk anda amalkan:

          (i)  Amalan bertungku (selama 40 hari; 3 kali sehari)
          Panaskan batu sungai selama 15 minit.Balutkan batu itu dengan daun mengkudu dan kemudian balut dengan kain. Tuam seluruh badan terutama pada kawasan peranakan dan pinggul.

          (ii) Amalkan bengkung/korset.(seawal minggu pertama selepas bersalin)

          Secara tradisional mahupun dengan cara moden yang lebih memudahkan..cara ini dapat mengempiskan perut, mengetatkan otot-otot agar kembali langsing serta mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

          (iii) Amalkan ubi cekur/kencur. (selama 44 hari)

          ubi cekur ni ditumbuk + bedak sejuk + sikit air = sapukan pada badan.
          khasiatnya : pecahkan lemak, panaskan badan dan buang angin yang berlebihan.
            

          (iv) Minum sedikit air sebelum makan atau minum selepas 30 minit selepas makan.

          (v) Menu nasi (pagi & malam, setiap hari dalam waktu pantang)

          Tumbuk hingga lumat : 5 halia cina + 10 biji lada hitam + 30 ekor ikan bilis
          Perahkan air limau nipis
          Makan bersama nasi panas.