LIKE US

11 Mar 2012

Hilangkan lengan yang menggeleber

Ramai yang berpendapat untuk mendapatkan lengan yang tegang dan tidak menggeleber, individu tersebut perlulah menurunkan berat badannya terlebih dahulu. Namun sebenarnya kita masih mampu untuk mengembalikan ketegangan itu walaupun berat badan agak payah untuk turun. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencari senaman yang menumpukan kepada lengan itu sepenuhnya.Salah satunya adalah dengan menggunakan dumbells.


(1) duduk dengan postur badan yang baik. Tidak membongkok atau bersandar.
(2) pegang dumbells di kedua-dua belah tangan anda.
(3) pastikan siku rapat ke sisi anda.
(4) perlahan-lahan bengkokkan tangan ke paras bahu.
(5) pastikan hanya lengan dibahagian bawah sahaja yang digerakkan.
(6) pastikan anda bernafas dan tidak menahan nafas.
(7) teruskan senaman sehingga anda rasa tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Tapi ingat jangan terlalu memaksa diri!

Bagi yang tiada dumbells, boleh juga menggunakan botol yang diisi air.

Dan juga untuk kesan yang lebih cepat, pemakaian arm shaper adalah sangat-sangat digalakkan.

Selamat mencuba!

4 Mar 2012

Kesilapan ketika bersenam

AyusSlim tahu ramai kawan-kawan yang suka bersenam dan tak kurang juga yang mula berkira-kira untuk mula bersenam.. namun jangan dek kerana terlalu ghairah untuk bersenam kita terlupa asas-asas penting yang akhirnya mengundang kecederaan pada diri sendiri.

Dibawah ini AyusSlim senaraikan antara kesilapan yang perlu kita elakkan:


i.Tidak cukup regangan
Lakukan regangan selama beberapa minit sebelum bersenam. Tumpukan regangan pada otot-otot yang akan digunakan  untuk aktiviti kecergasan nanti. Yang paling penting, luangkan masa regangan selepas bersenam kira-kira 8-10 minit,iaitu sewaktu otot anda masih panas dan mudah dilentur.



ii.Tidak memanaskan badan sebelum senaman(warming up)
Semasa warming up, badan kita akan menyalurkan darah bagi menyediakan oksigen kepada otot-otot yang akan bekerja nanti, kadar jantung kita juga akan beransur-ansur naik sedikit demi sedikit dan dapat menyediakan otot-otot supaya bersedia untuk bersenam.



iii. Tidak menenangkan diri selepas bersenam(cool down)
Jangan berhenti dengan mengejut! Biarkan kadar degupan jantung anda turun dengan perlahan sedikit demi sedikit. Berhenti bersenam secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pengumpulan darah atau menyebabkan anda berasa seperti ringan kepala. 


Jangan lupa amalkan ye dan selamat bersenam!