Bagi ibu-ibu yang runsing dengan penambahan saiz badan, usah risau lagi kerana ada penyelesaiannya untuk anda amalkan:
(i) Amalan bertungku (selama 40 hari; 3 kali sehari)
Panaskan batu sungai selama 15 minit.Balutkan batu itu dengan daun mengkudu dan kemudian balut dengan kain. Tuam seluruh badan terutama pada kawasan peranakan dan pinggul.
(ii) Amalkan bengkung/korset.(seawal minggu pertama selepas bersalin)
Secara tradisional mahupun dengan cara moden yang lebih memudahkan..cara ini dapat mengempiskan perut, mengetatkan otot-otot agar kembali langsing serta mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
(iii) Amalkan ubi cekur/kencur. (selama 44 hari)
ubi cekur ni ditumbuk + bedak sejuk + sikit air = sapukan pada badan.
khasiatnya : pecahkan lemak, panaskan badan dan buang angin yang berlebihan.
(iv) Minum sedikit air sebelum makan atau minum selepas 30 minit selepas makan.
(v) Menu nasi (pagi & malam, setiap hari dalam waktu pantang)
Tumbuk hingga lumat : 5 halia cina + 10 biji lada hitam + 30 ekor ikan bilis
Perahkan air limau nipis
Makan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment