LIKE US

18 Oct 2011

Perut buncit berisiko mati awal?

Bila dinilai, ada benarnya juga dengan kata-kata di atas..

i.Perut buncit terjadi akibat dari pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut. 

ii.Pengumpulan lemak ini akan membuatkan kita :
  • kelihatan tidak cantik.
  • cenderung kepada penyakit jantung dan kanser.  

Kajian yang dijalankan dengan mengambil ukuran pinggang dan paha wanita, menunjukkan keputusan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih besar meninggal dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil.


Hal ini berlaku kerana perut buncit menyimpan lemak yang lebih merbahaya dari lemak-lemak dibahagian lain kerana ia mampu mendorong kepada perubahan kolesterol, tekanan darah, dan gula darah.


Jadi walaupun anda mempunyai berat badan yang ideal, anda masih tetap perlu risau dengan tahap kesihatan anda sekiranya menyedari yang anda mempunyai perut buncit. Atasinya sekarang dan berusaha kurangkan lemak di perut anda!

3 comments:

  1. betul tu ataicha..sebab perut buncit ni juga menunjukkan yang gaya pemakanan kita juga tidak sihat..

    ReplyDelete