LIKE US

5 Oct 2011

Orang gemuk mempunyai lemak yang banyak?

Makan makanan berlemak tidak semestinya akan menjadikan kita gemuk.. Orang kurus juga kadang mempunyai banyak lemak yang tersembunyi.. Terpulang kepada pemilihan kita kerana terdapat juga lemak yang dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan..

Kenali lemak baik dan lemak jahat untuk kesihatan tubuh anda.

Terdapat 3 kumpulan asid lemak:
i. Asid Lemak Tepu (SFA) - lemak jahat
ii. Asid Lemak Politaktepu (PUFA) - lemak baik
iii. Asid Lemak Monotaktepu (MUFA) - lemak baik


SFA 
Perlu dikurangkan pengambilannya
dari haiwan - sosej,nuget,mentega,keju,minyak sapi.
dari sayuran - minyak kelapa,santan, isirong kelapa sawit.
PUFA 
Penting dan perlu diambil oleh setiap orang = Asid Lemak Perlu (EFA).
Tubuh badan manusia tidak berupaya untuk menghasilkannya sendiri, jadi kena amalkan omega 3 dan omega 6. - minyak sayuran, kekacang, bijirin, ikan dan makanan laut.


MUFA
boleh mengurangkan kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) -zaitun,kacang tanah dan bijirin.

Pilihlah makanan yang mengandungi lemak baik dengan lebih banyak untuk mengatasi masalah perut buncit dan turunkan berat badan anda.

1 comment:

  1. ternyata tidak semua kolesterol itu jahat ya. trims infonya. semoga sukses selalu

    ReplyDelete