LIKE US

29 Nov 2011

3 cara untuk hilangkan selulit (2)

Pada bahagian pertama telah dijelaskan yang pengambilan makanan tinggi serat sangat baik untuk memudarkan selulit. Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, sekarang kenalpasti pula tentang apa yang perlu dielakkan bagi menentang selulit.

ii) Jauhi 'bahaya' yang mampu mengancam tubuhmu.





















Asap Rokok
Sebatang rokok mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia yang mana ada ratusan toksik di dalamnya. Kandungan ini sudah cukup untuk merosakkan seluruh tubuh bermula dari organ dalaman sehinggalah ke keberkesanan sistem imunisasi badan kita dan menyebabkan kulit kita tampak lebih tua dari usia.





















Stress
Agak mustahil bagi manusia normal untuk menghapuskan stress 100% dari kehidupan. Secara realitinya, sebahagian stress adalah baik kerana menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan. Tetapi adalah lebih baik untuk berjaga-jaga dengan bilangan stress yang mampu memberikan kesan buruk kepada tubuhmu. Mereka yang tewas kepada stress tidak akan mampu untuk menjaga diri sendiri dan lawan kepada stress yang diperlukan adalah solat, senaman yang berulang, diet yang baik dan urutan.
















Jenis Makanan Yang Salah
Menikmati makanan yang telah diproses/ makanan segera (dalam kotak,tin).
Tubuh kita akan menjadikan penambah perasa, pewarna tambahan, pengawet dan bahan kimia yang lain sebagai toksin yang mampu menyebabkan keradangan.

Makanan Hangus
Kita biasanya akan menutup hidung apabila melalui kawasan orang merokok atau apabila melalui kawasan pembuangan sampah. Tetapi tahukah anda, toksin yang sama turut terdapat pada asap makanan yang dipanggang dan makanan hangus?

 Makanan tinggi kandungan gula
Coklat, kek, donut, jus dan lain-lain makanan tinggi gula menghasilkan insulin yang dapat meningkatkan penyimpanan lemak.

Makanan yang mengandungi lemak trans
Tahukah anda yang lemak trans lebih banyak digunakan dalam makanan yang dibakar? Mungkin anda patut membakar roti atau kek kegemaran anda sendiri dirumah supaya dapat mengawal kandungan lemak yang digunakan.

Nota:
kandungan "low-fat" tidak bermakna ia tiada lemak trans. Baca label dan jika kandungan mengandungi “shortening,” “partially hydrogenated vegetable oil” atau “hydrogenated vegetable oil,” maka makanan itu turut mengandungi lemak trans.

No comments:

Post a Comment