LIKE US

22 Sept 2011

Panduan Dalam Mengurangkan Berat Badan

#1 - Membentuk Wawasan Bukan Target.
Wawasan adalah lebih berkuasa dari memikirkan apa yang anda capai.Lebih banyak anda belajar untuk mencapai wawasan yang anda ada untuk diri sendiri, lebih cepat anda akan sampai pada matlamat anda. Usah terlalu memikirkan hasil yang anda telah dapat tetapi fikirkan lebih pada cara pelaksanaannya.

#2- Kesakitan tidak perlu untuk mendapatkan bentuk badan.
Kesakitan seperti sakit sendi, bukan termasuk sebahagian daripada program senaman anda.Apabila anda sakit sendi ketika bersenam, lagi lambat hasil yang anda akan dapat. Sebaliknya, kurangkan tumpuan dikawasan yang sakit. Senaman tanpa kesakitan mampu memberikan hasil kepada anda dengan lebih cepat!

#3-Perasaan
Usah hanya memaksa diri mengikut jadual semata-mata. Ikutlah perasaan anda, bila anda mahu dan bila anda tidak mahu.Disaat anda berhenti, fikirkan betapa ruginya masa itu kerana anda melewatkan peluang untuk berubah dan hadirnya perasaan ini akan membuatkan setiap usaha yang anda lakukan akan terasa seolah-olah seperti di saat kali pertama anda memulakannya.


#4- Jangan menyeksa diri anda
Jangan mengamalkan rutin diet yang extreme untuk diri anda..Lakukan perubahan mengikut keselesaan badan.Mulakan secara perlahan-lahan dengan itu tubuh badan anda akan mampu berubah secara semulajadi. 

Misalnya anda makan nasi 3 kali setiap hari, kurangkan pengambilannya kepada 2 kali sehari dan gantikan 1 waktu yang tertinggal dengan buah-buahan atau bijirin.Dan kurangkan lagi pengambilan nasi kepada 1 kali shari/ 2 kali seminggu bila badan anda semakin selesa dengan perubahan ini.

No comments:

Post a Comment