LIKE US

30 Oct 2011

Dah diet tapi masih tak kurus-kurus?

 Entah dimana silapnya, dah bermacam-macam cara dibuat, segala bentuk senaman dan makanan telah diusahakan, namun badan tetap juga macam tu..tak kurus-kurus. Mungkinkah anda mempunyai salah satu dari masalah di bawah ini?


1. Fatty Liver (hati berlemak)
Hati berlemak terjadi apabila enzim dan hormon kita rosak dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat mengurai lemak dengan baik sebaliknya melekat pada hati. Ia akan menyebabkan kerosakan hati dan lemak-lemak akan menyaluti organ-organ badan. Hal inilah yang selalunya menyebabkan masalah perut buncit yang sukar untuk dikempiskan.

2.Adipose Tisu (nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita)
Apabila kita berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga.Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Hormon yang rosak akan memberikan kesan yang amat perlahan dan apabila ia menjadi serius badan akan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu anda untuk kelihatan kurus.

Kedua-dua masalah ini mungkin berlaku kepada mereka yang benar-benar mengikuti program diet atau senaman yang betul secara berterusan. Namun begitu, bagi yang tidak mengamalkannya secara betul dan berterusan, janganlah pelik ye jika anda tidak mampu mencapai target untuk menjadi kurus!

No comments:

Post a Comment