Pada bahagian pertama telah dijelaskan yang pengambilan makanan tinggi serat sangat baik untuk memudarkan selulit. Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, sekarang kenalpasti pula tentang apa yang perlu dielakkan bagi menentang selulit.
ii) Jauhi 'bahaya' yang mampu mengancam tubuhmu.
Asap Rokok
Sebatang rokok mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia yang mana ada ratusan toksik di dalamnya. Kandungan ini sudah cukup untuk merosakkan seluruh tubuh bermula dari organ dalaman sehinggalah ke keberkesanan sistem imunisasi badan kita dan menyebabkan kulit kita tampak lebih tua dari usia.
Stress
Agak mustahil bagi manusia normal untuk menghapuskan stress 100% dari kehidupan. Secara realitinya, sebahagian stress adalah baik kerana menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan. Tetapi adalah lebih baik untuk berjaga-jaga dengan bilangan stress yang mampu memberikan kesan buruk kepada tubuhmu. Mereka yang tewas kepada stress tidak akan mampu untuk menjaga diri sendiri dan lawan kepada stress yang diperlukan adalah solat, senaman yang berulang, diet yang baik dan urutan.
Jenis Makanan Yang Salah
Menikmati makanan yang telah diproses/ makanan segera (dalam kotak,tin).
Tubuh kita akan menjadikan penambah perasa, pewarna tambahan, pengawet dan bahan kimia yang lain sebagai toksin yang mampu menyebabkan keradangan.
Makanan Hangus
Kita biasanya akan menutup hidung apabila melalui kawasan orang merokok atau apabila melalui kawasan pembuangan sampah. Tetapi tahukah anda, toksin yang sama turut terdapat pada asap makanan yang dipanggang dan makanan hangus?
Makanan tinggi kandungan gula
Coklat, kek, donut, jus dan lain-lain makanan tinggi gula menghasilkan insulin yang dapat meningkatkan penyimpanan lemak.
Makanan yang mengandungi lemak trans
Tahukah anda yang lemak trans lebih banyak digunakan dalam makanan yang dibakar? Mungkin anda patut membakar roti atau kek kegemaran anda sendiri dirumah supaya dapat mengawal kandungan lemak yang digunakan.
Nota:
kandungan "low-fat" tidak bermakna ia tiada lemak trans. Baca label dan jika kandungan mengandungi “shortening,” “partially hydrogenated vegetable oil” atau “hydrogenated vegetable oil,” maka makanan itu turut mengandungi lemak trans.
Panduan dan tips bagi mengatasi masalah perut buncit dan dapatkan bentuk badan yang menawan.
LIKE US
29 Nov 2011
27 Nov 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433H
22 Nov 2011
3 cara untuk hilangkan selulit
- Selulit biasanya muncul di tempat-tempat yang menyimpan lemak degil seperti di punggung, paha, lengan dan perut.
- Selulit mula kelihatan apabila kumpulan lemak-lemak ini mula menolak tisu-tisu dibawah kulit kita.
- Berpunca dari pelbagai faktor seperti keturunan, cara hidup, peningkatan usia, ketebalan kulit dan pemakanan.
- Selulit lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki kerana hormon estrogen dan kecenderungan kulit wanita yang lebih nipis.
Realitinya selulit mampu menyerang sesiapa sahaja termasuklah anda yang kurus.
Tapi anda tidak perlu risau, ada cara yang telah terbukti mampu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan selulit ini.
Jom ikuti cara-cara ini. Hanya tiga cara yang diperlukan untuk memastikan anda kurus tanpa selulit.
i) Makanan berkuasa untuk melincinkan selulit
Nasihat pakar sememangnya betul, amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna terang.
Sayur-sayuran:
Tomato, brokoli, lobak, ubi kentang, limau nipis.
Buah-buahan:
Tembikai, beri, oren, lemon dan buahan-buahan kering seperti kurma, aprikot dan buah prun.
Jika anda memilih untuk menikmati buah-buahan kering pastikan tidak terlebih makan kerana ia kadangkala mengandungi gula yang agak tinggi.
Setia dengan post yang seterusnya bagi mendapatkan 2 lagi cara mudah untuk kurus tanpa selulit.
8 Nov 2011
Hasilkan Biskut Kegemaran Anda Sendiri!
Kebanyakkan biskut 'sihat' yang dijual dipasaran mengandungi bahan kimia, gula dan lemak jahat yang sebenarnya sangat-sangat tidak patut dimakan oleh mereka yang sedang berdiet.
Apa kata dimasa hujung minggu anda manfaatkannya dengan menghasilkan biskut diet anda sendiri..
Chocolate Protein Bars
Kalori: 96
Lemak: 1.4 grams
Karbohidrat:12 grams
Protein: 10 grams
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung oat / oatmeal
4 telur putih
2 scoops vanilla whey protein powder
1/2 cawan pemanis stevia (cecair)
1/2 tsp serbuk penaik
1/4 tsp garam bukit
8 oz perasa berry (seeloknya gunakan perasa makanan bayi)
3 tbsp serbuk koko
4 oz air
Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar 350 degrees.
2. Gaulkan bahan-bahan kering (tepung oat, vanilla whey protein, serbuk penaik, garam, serbuk koko) dalam mangkuk yang besar sehingga sebati.
3. Gaulkan bahan-bahan basah (telur putih, stevia, perasa berry, air) dalam mangkuk yang sederhana besar sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan kering dengan bahan-bahan basah tadi dan gaul sebati.
5. Sapukan mentega rendah lemak dalam kuantiti yg sedikit pada permukaan loyang agar adunan tidak melekat.
6. Bentukkan adunan mengikut citara rasa anda dan bakar selama 20-30 minit di dalam ketuhar.
Hasilkan 16 bar dan makan 2 bar bagi setiap hidangan.

30 Oct 2011
Dah diet tapi masih tak kurus-kurus?
Entah dimana silapnya, dah bermacam-macam cara dibuat, segala bentuk senaman dan makanan telah diusahakan, namun badan tetap juga macam tu..tak kurus-kurus. Mungkinkah anda mempunyai salah satu dari masalah di bawah ini?
1. Fatty Liver (hati berlemak)
Hati berlemak terjadi apabila enzim dan hormon kita rosak dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat mengurai lemak dengan baik sebaliknya melekat pada hati. Ia akan menyebabkan kerosakan hati dan lemak-lemak akan menyaluti organ-organ badan. Hal inilah yang selalunya menyebabkan masalah perut buncit yang sukar untuk dikempiskan.
2.Adipose Tisu (nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita)
Apabila kita berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga.Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Hormon yang rosak akan memberikan kesan yang amat perlahan dan apabila ia menjadi serius badan akan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu anda untuk kelihatan kurus.
Kedua-dua masalah ini mungkin berlaku kepada mereka yang benar-benar mengikuti program diet atau senaman yang betul secara berterusan. Namun begitu, bagi yang tidak mengamalkannya secara betul dan berterusan, janganlah pelik ye jika anda tidak mampu mencapai target untuk menjadi kurus!

25 Oct 2011
Persediaan bagi bakal pengantin
Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula..sudah tentu ramai yang mengambil peluang ini untuk mengadakan masjlis perkahwinan bukan? Sudahkah anda bersedia dengan segala persiapan? Bermula dari makanan, cenderahati, baju pengantin, jemputan, hantaran..namun jangan dilupakan tentang diri anda yang ingin kelihatan kurus dan cantik di hari bahagia itu nanti ..Mari ikuti perkara yang disenaraikan oleh petua kurus yang boleh anda ikuti agar tampak kurus, langsing dan menawan di hari itu:
1) Pemakaian korset sebelum dan semasa majlis kerana korset dapat membantu menjadikan tubuh tampak lebih kurus dan menawan.
2) Elakkan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
3) Minum air halia utk membuang angin (bagi yang mengalami perut buncit akibat banyak angin).
4) Beberapa bulan sebelum majlis, cuba amalan yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Senarainya boleh dilihat disini.
5) Ubah gaya pemakanan anda dengan mengurangkan lemak dan gula. Sebaliknya lebihkan serat dalam setiap menu. Kenali lemak dapat membantu anda membuat pemilihan makanan yang lebih bijak. Lihat Disini.
Jom berubah sekarang..anda masih berpeluang untuk menjadi kurus!

21 Oct 2011
cara tingkatkan metabolisma badan
Metabolisma badan penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga sebelum ia menjadi lemak. Ini dapat membantu kita menjadi kurus dan mengelakkan perut buncit.Namun tidak semua manusia dilahirkan dengan kadar kemampuan metabolisma yang tinggi. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu bagi meningkatkan metabolisma kita?
Mari ikuti panduan yang disediakan oleh petua kurus untuk anda.
1. Makan makanan pedas atau berempah.
2. Membina otot. Kelebihan bagi yang lebih berotot adalah akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi dan ini dapat menjadikan kita kurus sekalipun sedang berehat!
3. Bersenam kerana ia mampu meningkatkan metabolisma badan selepas kita melakukannya. Cara ini terbukti dari dahulu lagi mampu membantu untuk kurus.
4. Ambil protein dalam setiap menu. Protein lebih baik untuk meningkatkan metabolisma badan berbanding karbohidrat dan lemak dan ia juga membantu membina jisim otot.
5. Cara kurus yang popular iaitu minum banyak air putih kerana air putih juga mampu meningkatkan metabolisma badan.

Subscribe to:
Posts (Atom)