AyusSlim tahu ramai kawan-kawan yang suka bersenam dan tak kurang juga yang mula berkira-kira untuk mula bersenam.. namun jangan dek kerana terlalu ghairah untuk bersenam kita terlupa asas-asas penting yang akhirnya mengundang kecederaan pada diri sendiri.
Dibawah ini AyusSlim senaraikan antara kesilapan yang perlu kita elakkan:
i.Tidak cukup regangan
Lakukan regangan selama beberapa minit sebelum bersenam. Tumpukan regangan pada otot-otot yang akan digunakan untuk aktiviti kecergasan nanti. Yang paling penting, luangkan masa regangan selepas bersenam kira-kira 8-10 minit,iaitu sewaktu otot anda masih panas dan mudah dilentur.
ii.Tidak memanaskan badan sebelum senaman(warming up)
Semasa warming up, badan kita akan menyalurkan darah bagi menyediakan oksigen kepada otot-otot yang akan bekerja nanti, kadar jantung kita juga akan beransur-ansur naik sedikit demi sedikit dan dapat menyediakan otot-otot supaya bersedia untuk bersenam.
iii. Tidak menenangkan diri selepas bersenam(cool down)
Jangan berhenti dengan mengejut! Biarkan kadar degupan jantung anda turun dengan perlahan sedikit demi sedikit. Berhenti bersenam secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pengumpulan darah atau menyebabkan anda berasa seperti ringan kepala.
Jangan lupa amalkan ye dan selamat bersenam!
No comments:
Post a Comment