LIKE US

30 Sept 2011

Senaman kempiskan perut

Selain dari penjagaan pemakanan, terdapat juga senaman yang dapat membantu dalam proses pelangsingan badan, jom kita cuba senaman kempiskan perut ini:


i. Apungkan badan
  • Letakkan kedua-dua tangan anda (paras siku) di tempat yang tinggi.
  • Angkat kedua-dua kaki dan pastikan lutut bengkok..usah goyangkan kaki.
  • Turunkan kaki secara perlahan-lahan.
  • Ulang 1 hingga 3 set dengan bilangan 12 hingga 16 kali setiap set.


      ii.Gilir Ganti
      • Baring dan letakkan tangan di belakang kepala.
      • Bengkokkan lutut dan pastikan kaki rata di lantai.
      • Perlahan-lahan angkat lutut kanan dan sentuh dengan siku kiri dan bergilir menyentuh lutut kiri dengan siku kanan.
      • Ulang sehingga 3 set dengan 10 hingga 12 kali setiap set. 


          iii. Twist Badan
          • Duduk di atas lantai.
          • Rapatkan kedua-dua lutut dan kedua-dua tangan.
          • Pusingkan badan ke kiri dan sentuh kedua-dua tangan rata di atas lantai sebelah kiri bersebelahan punggung anda.
          • Ulang langkah yang sama ke sebelah kanan anda.
          • Ulang sebanyak 3 set dengan 10 hingga 12 kali setiap set.

          27 Sept 2011

          Langsing semudah ABC..

          Untuk semua wanita..anda tidak perlukan modal yang besar untuk menjadi langsing..
          Cuba cara mudah untuk langsing dan sedar tak sedar tengok-tengok berat dah semakin susut :

          Amalkan:

          i. Minum air teh hijau (green tea).
          ii. Bakar,kukus atau rebus makanan.

          iii.Gantikan daging dengan ikan.
          iv.Sarapan pagi yang lebih banyak berbanding makan siang dan malam.
          v.Sengaja cari peluang untuk banyakkan berjalan. Contohnya letakkan kereta jauh dari pejabat.

          24 Sept 2011

          5 minit untuk aura positif

          1. Ingatkan kembali 1 perkara yang kamu sangat-sangat bersyukur telah berlaku pada kamu.

          2. Sebutkan dengan suara yang kuat perkara yang kamu kagum tentang diri kamu. (hanya perkara yang mampu membuatkan kamu tersenyum saat melafazkannya).

          3. Fikirkan pekerjaan/masalah yang kamu berjaya selesaikan.

          4. Bayangkan bagaimana kamu inginkan tubuh badan kamu kelihatan dan betapa gembiranya jika kamu dapat memiliki tubuh idamanmu sendiri.

          5. Fikirkan tabiat yang kamu perlu perbaiki supaya dapat mencapai badan idamanmu!

          22 Sept 2011

          Panduan Dalam Mengurangkan Berat Badan

          #1 - Membentuk Wawasan Bukan Target.
          Wawasan adalah lebih berkuasa dari memikirkan apa yang anda capai.Lebih banyak anda belajar untuk mencapai wawasan yang anda ada untuk diri sendiri, lebih cepat anda akan sampai pada matlamat anda. Usah terlalu memikirkan hasil yang anda telah dapat tetapi fikirkan lebih pada cara pelaksanaannya.

          #2- Kesakitan tidak perlu untuk mendapatkan bentuk badan.
          Kesakitan seperti sakit sendi, bukan termasuk sebahagian daripada program senaman anda.Apabila anda sakit sendi ketika bersenam, lagi lambat hasil yang anda akan dapat. Sebaliknya, kurangkan tumpuan dikawasan yang sakit. Senaman tanpa kesakitan mampu memberikan hasil kepada anda dengan lebih cepat!

          #3-Perasaan
          Usah hanya memaksa diri mengikut jadual semata-mata. Ikutlah perasaan anda, bila anda mahu dan bila anda tidak mahu.Disaat anda berhenti, fikirkan betapa ruginya masa itu kerana anda melewatkan peluang untuk berubah dan hadirnya perasaan ini akan membuatkan setiap usaha yang anda lakukan akan terasa seolah-olah seperti di saat kali pertama anda memulakannya.


          #4- Jangan menyeksa diri anda
          Jangan mengamalkan rutin diet yang extreme untuk diri anda..Lakukan perubahan mengikut keselesaan badan.Mulakan secara perlahan-lahan dengan itu tubuh badan anda akan mampu berubah secara semulajadi. 

          Misalnya anda makan nasi 3 kali setiap hari, kurangkan pengambilannya kepada 2 kali sehari dan gantikan 1 waktu yang tertinggal dengan buah-buahan atau bijirin.Dan kurangkan lagi pengambilan nasi kepada 1 kali shari/ 2 kali seminggu bila badan anda semakin selesa dengan perubahan ini.

          20 Sept 2011

          Tips Langsing Selepas Bersalin

          Bagi ibu-ibu yang runsing dengan penambahan saiz badan, usah risau lagi kerana ada penyelesaiannya untuk anda amalkan:

          (i)  Amalan bertungku (selama 40 hari; 3 kali sehari)
          Panaskan batu sungai selama 15 minit.Balutkan batu itu dengan daun mengkudu dan kemudian balut dengan kain. Tuam seluruh badan terutama pada kawasan peranakan dan pinggul.

          (ii) Amalkan bengkung/korset.(seawal minggu pertama selepas bersalin)

          Secara tradisional mahupun dengan cara moden yang lebih memudahkan..cara ini dapat mengempiskan perut, mengetatkan otot-otot agar kembali langsing serta mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

          (iii) Amalkan ubi cekur/kencur. (selama 44 hari)

          ubi cekur ni ditumbuk + bedak sejuk + sikit air = sapukan pada badan.
          khasiatnya : pecahkan lemak, panaskan badan dan buang angin yang berlebihan.
            

          (iv) Minum sedikit air sebelum makan atau minum selepas 30 minit selepas makan.

          (v) Menu nasi (pagi & malam, setiap hari dalam waktu pantang)

          Tumbuk hingga lumat : 5 halia cina + 10 biji lada hitam + 30 ekor ikan bilis
          Perahkan air limau nipis
          Makan bersama nasi panas.

          18 Sept 2011

          Langkah Awal Untuk Kurus!



          1) Yakinkan diri yang anda mampu berubah.
               Ingatlah yang sesungguhnya manusia itu hanya akan diuji sesuai dengan
               kemampuannya, jadi anda memang mampu untuk berubah!

          2) Catatkan saiz badan semasa anda :-
               timbang berat badan dan ukur lilit pinggang, paha, dada dan lengan
               anda.

          3) Tetapkan matlamat ingin kurangkan 2-3kg dalam bulan pertama.
              (Jangan tetapkan terlalu tinggi kerana ia akan menimbulkan tekanan
              pada anda).

          4) Usah kurangkan makan tetapi

          •     kurangkan kalori - makanan segera dan minuman ringan.
          •     kurangkan karbohidrat- roti, nasi, mee. 
          •     cukupkan protein (jgn digoreng) - ayam, ikan, susu, kekacang


          5) Keluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 min sehari.

          6) Timbang dan ukur semula badan anda selepas bulan pertama dan teruskan
               untuk bulan seterusnya.

          Selamat Berusaha!

          17 Sept 2011

          Selamat Datang Ke Petua Kurus

          Bismillahirrahmanirrahim..

          Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..

          Segala tips-tips atau petua berkaitan pelangsingan badan boleh dikongsikan di sini..


          Jom jaga diri !!