Pada bahagian pertama telah dijelaskan yang pengambilan makanan tinggi serat sangat baik untuk memudarkan selulit. Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, sekarang kenalpasti pula tentang apa yang perlu dielakkan bagi menentang selulit.
ii) Jauhi 'bahaya' yang mampu mengancam tubuhmu.
Asap Rokok
Sebatang rokok mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia yang mana ada ratusan toksik di dalamnya. Kandungan ini sudah cukup untuk merosakkan seluruh tubuh bermula dari organ dalaman sehinggalah ke keberkesanan sistem imunisasi badan kita dan menyebabkan kulit kita tampak lebih tua dari usia.
Stress
Agak mustahil bagi manusia normal untuk menghapuskan stress 100% dari kehidupan. Secara realitinya, sebahagian stress adalah baik kerana menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan. Tetapi adalah lebih baik untuk berjaga-jaga dengan bilangan stress yang mampu memberikan kesan buruk kepada tubuhmu. Mereka yang tewas kepada stress tidak akan mampu untuk menjaga diri sendiri dan lawan kepada stress yang diperlukan adalah solat, senaman yang berulang, diet yang baik dan urutan.
Jenis Makanan Yang Salah
Menikmati makanan yang telah diproses/ makanan segera (dalam kotak,tin).
Tubuh kita akan menjadikan penambah perasa, pewarna tambahan, pengawet dan bahan kimia yang lain sebagai toksin yang mampu menyebabkan keradangan.
Makanan Hangus
Kita biasanya akan menutup hidung apabila melalui kawasan orang merokok atau apabila melalui kawasan pembuangan sampah. Tetapi tahukah anda, toksin yang sama turut terdapat pada asap makanan yang dipanggang dan makanan hangus?
Makanan tinggi kandungan gula
Coklat, kek, donut, jus dan lain-lain makanan tinggi gula menghasilkan insulin yang dapat meningkatkan penyimpanan lemak.
Makanan yang mengandungi lemak trans
Tahukah anda yang lemak trans lebih banyak digunakan dalam makanan yang dibakar? Mungkin anda patut membakar roti atau kek kegemaran anda sendiri dirumah supaya dapat mengawal kandungan lemak yang digunakan.
Nota:
kandungan "low-fat" tidak bermakna ia tiada lemak trans. Baca label dan jika kandungan mengandungi “shortening,” “partially hydrogenated vegetable oil” atau “hydrogenated vegetable oil,” maka makanan itu turut mengandungi lemak trans.
Panduan dan tips bagi mengatasi masalah perut buncit dan dapatkan bentuk badan yang menawan.
LIKE US
29 Nov 2011
27 Nov 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433H
22 Nov 2011
3 cara untuk hilangkan selulit
Sebelum mendalam lebih jauh mari kita kenali dulu apakah itu selulit..
Realitinya selulit mampu menyerang sesiapa sahaja termasuklah anda yang kurus.
Tapi anda tidak perlu risau, ada cara yang telah terbukti mampu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan selulit ini.
Jom ikuti cara-cara ini. Hanya tiga cara yang diperlukan untuk memastikan anda kurus tanpa selulit.
i) Makanan berkuasa untuk melincinkan selulit
Nasihat pakar sememangnya betul, amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna terang.
Sayur-sayuran:
Tomato, brokoli, lobak, ubi kentang, limau nipis.
Buah-buahan:
Tembikai, beri, oren, lemon dan buahan-buahan kering seperti kurma, aprikot dan buah prun.
Jika anda memilih untuk menikmati buah-buahan kering pastikan tidak terlebih makan kerana ia kadangkala mengandungi gula yang agak tinggi.
Setia dengan post yang seterusnya bagi mendapatkan 2 lagi cara mudah untuk kurus tanpa selulit.
- Selulit biasanya muncul di tempat-tempat yang menyimpan lemak degil seperti di punggung, paha, lengan dan perut.
- Selulit mula kelihatan apabila kumpulan lemak-lemak ini mula menolak tisu-tisu dibawah kulit kita.
- Berpunca dari pelbagai faktor seperti keturunan, cara hidup, peningkatan usia, ketebalan kulit dan pemakanan.
- Selulit lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki kerana hormon estrogen dan kecenderungan kulit wanita yang lebih nipis.
Realitinya selulit mampu menyerang sesiapa sahaja termasuklah anda yang kurus.
Tapi anda tidak perlu risau, ada cara yang telah terbukti mampu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan selulit ini.
Jom ikuti cara-cara ini. Hanya tiga cara yang diperlukan untuk memastikan anda kurus tanpa selulit.
i) Makanan berkuasa untuk melincinkan selulit
Nasihat pakar sememangnya betul, amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna terang.
Sayur-sayuran:
Tomato, brokoli, lobak, ubi kentang, limau nipis.
Buah-buahan:
Tembikai, beri, oren, lemon dan buahan-buahan kering seperti kurma, aprikot dan buah prun.
Jika anda memilih untuk menikmati buah-buahan kering pastikan tidak terlebih makan kerana ia kadangkala mengandungi gula yang agak tinggi.
Setia dengan post yang seterusnya bagi mendapatkan 2 lagi cara mudah untuk kurus tanpa selulit.
8 Nov 2011
Hasilkan Biskut Kegemaran Anda Sendiri!
Kebanyakkan biskut 'sihat' yang dijual dipasaran mengandungi bahan kimia, gula dan lemak jahat yang sebenarnya sangat-sangat tidak patut dimakan oleh mereka yang sedang berdiet.
Apa kata dimasa hujung minggu anda manfaatkannya dengan menghasilkan biskut diet anda sendiri..
Chocolate Protein Bars
Kalori: 96
Lemak: 1.4 grams
Karbohidrat:12 grams
Protein: 10 grams
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung oat / oatmeal
4 telur putih
2 scoops vanilla whey protein powder
1/2 cawan pemanis stevia (cecair)
1/2 tsp serbuk penaik
1/4 tsp garam bukit
8 oz perasa berry (seeloknya gunakan perasa makanan bayi)
3 tbsp serbuk koko
4 oz air
Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar 350 degrees.
2. Gaulkan bahan-bahan kering (tepung oat, vanilla whey protein, serbuk penaik, garam, serbuk koko) dalam mangkuk yang besar sehingga sebati.
3. Gaulkan bahan-bahan basah (telur putih, stevia, perasa berry, air) dalam mangkuk yang sederhana besar sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan kering dengan bahan-bahan basah tadi dan gaul sebati.
5. Sapukan mentega rendah lemak dalam kuantiti yg sedikit pada permukaan loyang agar adunan tidak melekat.
6. Bentukkan adunan mengikut citara rasa anda dan bakar selama 20-30 minit di dalam ketuhar.
Hasilkan 16 bar dan makan 2 bar bagi setiap hidangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)