Ramai yang berpendapat untuk mendapatkan lengan yang tegang dan tidak menggeleber, individu tersebut perlulah menurunkan berat badannya terlebih dahulu. Namun sebenarnya kita masih mampu untuk mengembalikan ketegangan itu walaupun berat badan agak payah untuk turun. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencari senaman yang menumpukan kepada lengan itu sepenuhnya.Salah satunya adalah dengan menggunakan dumbells.
(1) duduk dengan postur badan yang baik. Tidak membongkok atau bersandar.
(2) pegang dumbells di kedua-dua belah tangan anda.
(3) pastikan siku rapat ke sisi anda.
(4) perlahan-lahan bengkokkan tangan ke paras bahu.
(5) pastikan hanya lengan dibahagian bawah sahaja yang digerakkan.
(6) pastikan anda bernafas dan tidak menahan nafas.
(7) teruskan senaman sehingga anda rasa tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Tapi ingat jangan terlalu memaksa diri!
Bagi yang tiada dumbells, boleh juga menggunakan botol yang diisi air.
Dan juga untuk kesan yang lebih cepat, pemakaian arm shaper adalah sangat-sangat digalakkan.
Selamat mencuba!
Panduan dan tips bagi mengatasi masalah perut buncit dan dapatkan bentuk badan yang menawan.
LIKE US
11 Mar 2012
4 Mar 2012
Kesilapan ketika bersenam
AyusSlim tahu ramai kawan-kawan yang suka bersenam dan tak kurang juga yang mula berkira-kira untuk mula bersenam.. namun jangan dek kerana terlalu ghairah untuk bersenam kita terlupa asas-asas penting yang akhirnya mengundang kecederaan pada diri sendiri.
Dibawah ini AyusSlim senaraikan antara kesilapan yang perlu kita elakkan:
i.Tidak cukup regangan
Lakukan regangan selama beberapa minit sebelum bersenam. Tumpukan regangan pada otot-otot yang akan digunakan untuk aktiviti kecergasan nanti. Yang paling penting, luangkan masa regangan selepas bersenam kira-kira 8-10 minit,iaitu sewaktu otot anda masih panas dan mudah dilentur.
ii.Tidak memanaskan badan sebelum senaman(warming up)
Semasa warming up, badan kita akan menyalurkan darah bagi menyediakan oksigen kepada otot-otot yang akan bekerja nanti, kadar jantung kita juga akan beransur-ansur naik sedikit demi sedikit dan dapat menyediakan otot-otot supaya bersedia untuk bersenam.
iii. Tidak menenangkan diri selepas bersenam(cool down)
Jangan berhenti dengan mengejut! Biarkan kadar degupan jantung anda turun dengan perlahan sedikit demi sedikit. Berhenti bersenam secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pengumpulan darah atau menyebabkan anda berasa seperti ringan kepala.
Jangan lupa amalkan ye dan selamat bersenam!

4 Jan 2012
kecantikan dari bahan masakan
Kulit Kayu Manis
Selain banyak digunakan sebagai pembantu dalam masakan, tahukah anda yang kulit kayu manis juga mempunyai manfaatnya di dalam bidang kecantikan dan kesihatan?
Ya, benar!
Melalui kajian yang dilakukan menunjukkan serbuk kulit kayu manis dapat mengurangkan kadar glukosa dalam darah. Menurut Richard Andersoan, Ketua Pusat Kajian Kesihatan Masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kulit kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin untuk melancarkan metabolisma glukosa darah sebanyak 9 kali ganda yang mana ia baik untuk jantung dan metabolisma kita.
Di Indonesia pula, mereka telah memanfaatkan kulit kayu manis sebagai ramuan utama dalam industri jamu dan kecantikan kerana sifatnya yang mampu untuk memudarkan parut dan antikulat/antikuman.
Bagi yang nak licinkan kulit dari parut, salah satu produk berasaskan kulit kayu manis untuk dicuba -> www.qempislangsing.com
Subscribe to:
Posts (Atom)