LIKE US

29 Dec 2011

Bagaimana halia dapat membantu anda untuk kelihatan cantik?


Alam semulajadi sememangnya mempunyai 1001 rahsia yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2500 tahun lalu. Antara khasiat halia adalah:

mampu mengurangkan berat badan dengan membakar kalori.

mampu memberikan rasa lega pada perut dan sistem penghadaman dan ia juga dapat digunakan untuk menentang ulser atau jangkitan usus.

digunakan secara turun temurun secara tradisional untuk membuang angin dalam badan.

membantu pembakaran lemak yang dapat melangsingkan badan. Angin dan lemak yang dikurangkan juga dapat kempiskan perut anda.

melancarkan pengaliran darah yang dapat membantu anda untuk kelihatan tidak letih dan segar.

Jadi mungkin selepas ini, anda juga boleh menjadikan halia sebagai salah satu teman untuk kecantikan anda.

14 Dec 2011

3 cara untuk hilangkan selulit (3)

2 cara sebelum ini telah menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan (do) dan jangan dilakukan (dont's) mengenai penjagaan dalaman. Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, penjagaan luaran juga perlu dititik beratkan.Antara cara yang cukup mudah untuk menghilangkan selulit ini adalah:



Penggunaan losyen pelansingan.
Mengikut kajian, losyen yang berasaskan kaffein adalah sangat baik untuk menghilangkan selulit.Kebanyakkan petua bagi menghilangkan selulit juga menyarankan untuk menggunakan ampas kopi.

Kenapa kopi?
Ini kerana sifat kaffein itu sendiri yang mampu membuatkan aliran darah menjadi lebih lancar serta mengurangi kadar tangkungan air yang merupakan salah satu sebab terdorongnya lemak ke kulit dan menjadi selulit.

Jadi mengapa anda perlu mengambil masa yang lama untuk menyental sedangkan ada cara yang lebih mudah untuk anda lakukan.Jangan lupa untuk sapukan dua kali setiap hari seeloknya selepas mandi untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat!